コンテンツにスキップ

英文维基 | 中文维基 | 日文维基 | 草榴社区

利用者:Ana jepun/下書き3

From Saga With Love
ジャンル Romantik, komedi
原案 Lina Tan
脚本
  • Rafidah Abdullah
  • Hadi M. Nor
  • Shamaine Othman
  • Suzanne Ong
  • Azhar Amirulhisyam
監督 Umi Salwana Omar
出演者
エンディング "Cin-Ta" oleh Amir Jahari
国・地域 Malaysia
言語
シーズン数 2
話数 20
各話の長さ 25–30 minit
製作
製作総指揮
  • Kingsley Warner (Viu)
  • Imillya Irwani Roslan (Viu)
  • Steven Lim Tze Siang (Viu)
プロデューサー
  • Lina Tan
  • Zaim Zakki (penyelaras)
  • Azhar Amirulhisyam (penyelaras)
撮影地
撮影監督 Harris Hue Abdullah
撮影体制 Tetapan multi-kamera
編集 Lim Soo Ching
製作 Red Communications
放送
放送チャンネルViu
映像形式1080i (HDTV)
音声形式Dolby Digital
放送期間21 September 2023 - kini
公式ウェブサイト
テンプレートを表示

From Saga With Love ialah sebuah siri drama televisyen web Malaysia arahan bersama Umi Salwana Omar dengan skrip oleh Rafidah Abdullah, Hadi M. Nor, Shamaine Othman, Suzanne Ong, dan Azhar Amirulhisyam. Dibintangi oleh Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Ikmal Amry dan Fimie Don, musim pertama siri ini memulakan tayangan perdana di platform penstriman Viu dari 21 September sehingga 19 Oktober 2023 dengan dua episod baharu disiarkan pada setiap Khamis.[1][2][3][4] Musim keduanya memulakan tayangan perdana bermula 17 Oktober 2024.[5]

Sinopsis

[編集]

Musim 1 (2023)

[編集]

Karma, seorang pempengaruh yang menipu untuk menjadi pembantu peribadi serta jurubahasa bagi pelakon terkenal, Bianca Rozario semasa lawatannya di Saga, Jepun. Pelbagai usaha dan rancangan dilakukan oleh Karma agar rahsia berkaitan penipuannya terhadap Bianca tidak terbongkar.

Karma yang terikat dengan misi rahsia oleh ibu Bianca serta impiannya ingin menjadi pempengaruh terkenal membuatkannya tetap meneruskan walaupun diganggu dengan kehadiran juruvideo Bianca, Bob serta seorang jejaka pendiam, Sham yang menambah masalah dan huru-hara di Saga.

Musim 2 (2024)

[編集]

Kebahagiaan Karma dan Sham diuji setelah mereka bersama-sama memulakan perniagaan penjualan tembikar. Mereka menghadapi pelbagai keresahan dan masalah dalam perniagaan tersebut sehingga membuatkan hubungan mereka terjejas. Apabila Sham mendapat tahu mengenai masalah kesihatan mentornya, Akiro, dia bergegas ke Saga, Jepun lalu meninggalkan Karma untuk meneruskan perniagaan kedai tembikar mereka seorang diri.

Namun, Karma akhirnya memilih untuk terbang ke Saga selepas insiden yang tak diingini berlaku dan ditemani oleh rakan baiknya Bob, yang mahu mencari ilham untuk filem pertamanya di Saga. Di Saga, Karma berjumpa semula dengan Bianca yang sedang melanjutkan pelajarannya di Universiti Saga. Justeru, mereka berempat kembali bersama tetapi kehadiran rakan baru Bianca bernama Hadri mungkin akan mengeruhkan keadaan.

Pelakon

[編集]

Pelakon utama

[編集]

thumb|upright|Sophia Albarakbah sebagai Bianca Rozario.

Pelakon pembantu

[編集]
  • Vanidah Imran sebagai Kathy[1]
  • Fatimah Abu Bakar sebagai Rozita (Mak)[1]
  • Zulin Aziz sebagai Suhaila (Along)[1]
  • Sharifah Amani sebagai Fadhila (Angah)[1]
  • Zoey Rahman sebagai Zairin[1]
  • Tiara Anchant sebagai Daisy[1]
  • Alvin Wong sebagai Mr Wong[1]
  • Fahmy Reza sebagai Abang Lan[1]
  • Farid Azmer sebagai pemandu E-Hailing[1]
  • Riezman Khuzaimi sebagai Harun
  • Sharifah Sofia sebagai Hani
  • Doppo Narita sebagai Akiro Shisho
  • Sharina Abdul Salam sebagai Manicurist
  • Adam Darwisyah sebagai Adik Tiri Sham
  • Muhd Ali Umar Mohd Ruzni sebagai Sham (Kecil)
  • Zuliana Ernie Zainon sebagai Shahriza (Ibu Sham)
  • Yuno sebagai Juruwang Kedai Runcit
  • Miu Sera sebagai Rie
  • Katsuya Honda sebagai Yamagata

Penerbitan

[編集]

From Saga With Love diumumkan sebagai salah satu daripada 5 siri Viu Originals untuk tayangan bagi tahun 2023 dalam satu sidang media pada 1 Disember 2022.[9] Tajuk asal drama ini ialah Dear Karma, sebelum ditukar kepada From Saga With Love. Penggambaran dijalankan di Saga, yang terletak di utara Pulau Kyushu, Jepun. Ia merupakan drama Melayu pertama yang menjalani penggambaran di Saga, dengan bantuan Suruhanjaya Filem Saga.[10][11] Ini merupakan drama Viu Originals kedua yang dibintangi oleh Sophia Albarakbah selepas Devoted (2019).

Ia telah diumumkan pada Februari 2024 bahawa From Saga With Love akan disambung untuk musim kedua.[12]

Episod

[編集]
シーズン話数放送期間
初回放送最終回放送
1102023年9月21日 (2023-09-21)2023年10月19日 (2023-10-19)
2102024年10月17日 (2024-10-17)sedang bersiaran

Keluaran

[編集]

From Saga With Love musim pertama memulakan tayangan perdana di Viu bermula 21 September sehingga 19 Oktober 2023 dengan dua episod baharu disiarkan setiap Khamis.[1] Ia juga disiarkan di Sensasi setiap Khamis. Musim keduanya pula memulakan tayangan perdana pada 17 Oktober 2024.[13]

Rujukan

[編集]
  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o From Saga With Love”. My Infotaip (21 September 2023). 22 September 2023閲覧。
  2. ^ “From Saga With Love, Kisah Komedi Romantik Dari Malaysia Hingga Ke Jepun!”. Viu. (14 September 2023). https://www.viu.com/ott/my/articles/from-saga-with-love-kisah-komedi-romantik-dari-malaysia-hingga-ke-jepun/ 22 September 2023閲覧。 
  3. ^ Syukri Ridhwandy (21 September 2023). “Viu Malaysia Kembali Dengan Karya Original Baru, Berlatar Belakangkan Jepun. Wajib Tonton!”. Ohmedia.my. https://ohmedia.my/branded/viu-malaysia-kembali-dengan-karya-original-baru-berlatar-belakangkan-jepun-wajib-tonton/ 23 September 2023閲覧。 
  4. ^ From Saga With Love”. aimanabdullah.com. 22 September 2023閲覧。
  5. ^ From Saga With Love 2”. My Infotaip (28 Mei 2024). 19 Oktober 2024閲覧。
  6. ^ Affan Rostam (22 September 2023). “Sukar percaya orang lain, Siti Khadijah urus kerjaya sendiri”. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2023/09/1155925/sukar-percaya-orang-lain-siti-khadijah-urus-kerjaya-sendiri 22 September 2023閲覧。 
  7. ^ Syafil Syazwan Jefri (1 September 2023). “Sophia terbuka ditemani sesiapa”. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/rap/2023/09/1005311/sophia-terbuka-ditemani-sesiapa 22 September 2023閲覧。 
  8. ^ Nazrin Zulkafli (17 Oktober 2024). “Harga naik selepas menang anugerah... Hun Haqeem masih sama, beri komitmen penuh berbaloi bayaran”. mStar Online. https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2024/10/17/harga-naik-selepas-menang-anugerah-hun-haqeem-masih-sama-beri-komitmen-penuh-berbaloi-bayaran 19 Oktober 2024閲覧。 
  9. ^ Rubini Nagarajah (2 Disember 2022). “Viu Malaysia Umum 5 ‘Viu Original’ Untuk Tahun 2023 Termasuk ‘Nenek Bongkok Tiga’”. Getaran. https://www.getaran.my/artikel/filem-tv/36253/viu-malaysia-umum-lima-viu-original-karya-asli-untuk-tahun-2023-termasuk-nenek-bongkok-tiga 31 Disember 2022閲覧。 
  10. ^ “Komedi Romantis Terbaru Viu Original – From Saga with Love”. Viu. (30 Ogos 2023). https://www.viu.com/ott/my/articles/komedi-romantis-terbaru-viu-original-from-saga-with-love/ 23 September 2023閲覧。 
  11. ^ Budiey (22 September 2023). “Tentang Drama Bersiri Viu Original From Saga With Love, Jom Baca Sinopsis!”. Sensasi Selebriti. https://www.budiey.com/tentang-drama-bersiri-viu-original-from-saga-with-love-jom-baca-sinopsis/ 22 September 2023閲覧。 
  12. ^ ““Bakal Ada Sequel?” - Drama Bersiri From Saga With Love Lari Dari Klise Drama Melayu”. Rileklah. (21 Februari 2024). https://rileklah.com/hiburan/bakal-ada-sequel-drama-bersiri-saga-love-lari-dari-klise-drama-melayu 1 April 2024閲覧。 
  13. ^ “‘From Saga With Love 2’ di Viu 17 Oktober… Temui Ikmal Amry, Siti Khadijah Halim, Hun Haqeem di tiga lokasi terpilih”. mStar Online. (16 Oktober 2024). https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2024/10/16/from-saga-with-love-2-di-viu-17-oktober-temui-ikmal-amry-siti-khadijah-halim-hun-haqeem-di-tiga-lokasi-terpilih 19 Oktober 2024閲覧。 

Pautan luar

[編集]

Kategori:Siri drama televisyen Malaysia berbahasa Melayu 2023 Kategori:Siri drama televisyen Malaysia berbahasa Melayu 2024 Kategori:Rancangan asal Viu